Tired of surfing tools, just click search

Music player


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Got idea and comment? Feel free to write below.

Got idea and comment? Feel free to write below.

Friday, December 18, 2009

Gagal bayar saman tidak boleh baharui cukai jalan


PETALING JAYA 17 Dis. - Pemilik kenderaan yang gagal membayar saman tidak boleh memperbaharui cukai jalan pada tahun hadapan apabila inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam bandar terutama di Lembah Klang dilaksanakan sepenuhnya.

Ketua Makmal NKRA Pengangkutan Awam Bandar, Mohamad Nur Kamal memberitahu, rangkaian elektronik yang digunakan dalam pelaksanaan NKRA juga boleh menghalang kenderaan berat memasuki kawasan bandar pada waktu puncak.

''Rangkaian elektronik ini juga akan membolehkan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) menjadi pemantau utama kepada semua sistem pengangkutan negara.

''Sistem penguatkuasaan juga akan disatukan, membabitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini.

Katanya, sistem elektronik ini juga akan melibatkan penggunaan kad Touch n' Go secara menyeluruh iaitu untuk membayar tiket bas, tempat letak kereta, komuter dan LRT.

Penggunaan kad itu jelas beliau, akan memberi penjimatan yang banyak kepada pengguna terutama dari segi kos meletak kenderaan di Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) yang sedang dan akan dibina iaitu di Bandar Tasik Selatan, Gombak dan Sungai Buloh.

''Kesemua ITT ini mempunyai kemudahan tempat meletak kenderaan yang banyak misalnya di ITT Bandar Tasik Selatan terdapat 4,000 petak, ITT Gombak akan mempunyai 2,500 petak, cukup untuk pengguna pengangkutan awam.

''Kegagalan pengguna menggunakan kad elektronik akan menyebabkan mereka membayar kadar pengangkutan awam yang tinggi berbanding penjimatan sebanyak 50 peratus apabila menggunakan kad tersebut," katanya.

Mohamad Nur yang merupakan penasihat khas Kementerian Pengangkutan memberitahu, kerajaan menyasarkan sehingga 600,000 orang akan menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012.

Jelasnya, ia peningkatan sebanyak 360,000 pengguna berbanding sekarang sebanyak 240,000 orang.

(sumber: www.utusan.com.my)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails