Tired of surfing tools, just click search

Music player


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Got idea and comment? Feel free to write below.

Got idea and comment? Feel free to write below.

Wednesday, December 9, 2009

Sejauh mana kebenaran MLM?


Anda mungkin pernah dengar MLM atau Multi-level marketing yang orang kata bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tiap2 tahun ade je MLM baru yang kuar cuma konsep perniagaan yang berbeza. Dulu aku pun taksub benda MLM ni, last2 bila aku terbaca satu buku tentang benda alah ni...aku sedar satu benda. Sebelum aku citer lebih lanjut, meh dengar citer aku terbaru.

Dijadikan satu kisah malam tu, member bisnes "A" bukan nama sebenar ajak jumpa...katanya ada insentif kerajaan untuk bantuan perniagaan. Aku time tu tak sedar helah si A, then jumpa lah di satu lokasi di sekitar ibu kota KL. Aku pelik sebab dia tak ajak jumpa di kedai makan tapi di satu bangunan...aku dah syak something....

Dari tangga aku dah dengar suara riuh rendah...dalam hati aku dah maki si A ni. Tapi aku dah termasuk dalam bilik bangunan tu, banyak la muka-muka yang menaruh harapan tinggi. Bukan ape, aku kesian sebab orang yang bercakap di depan ni budget bagus dan kaya...kekadang ade gak la speech camni "kenapa perlu berkerja sedangkan kita ada masa depan yang cerah di XXX"...

At the end lepas speech, macam biasa la diorg letak aku kat satu meja...ade 6 orang camtu....aku sorang je yang belum join dalam MLM tu...tapi aku puas hati sebab aku dapat debat ngan 6 orang kat meja tu..aku argue banyak benda kat diorang sampai diorg putar belit cerita dan macam biasa la suara taksub dari belakang....

Aku bagitau diaorg duit masuk dan keluar semasa join MLM yang budak2 taksub tak pernah calculate...orang MLM yang taksub cuma tahu duit hasil dari sistem MLM tu dan bukannya kira duit yang kena keluar balik. Contoh la, si A ajak aku ke kajang katanya ada perniagaan baik (padahal MLM), aku kena spend RM20 duit minyak, RM5 duit tol, RM10 makan2 bila lepak sana. Aku kena spend RM35 time tu. Hari tu aku tak masuk sebab takde duit, so lusa diorang ajak lagi aku kena spend RM35 lagi + RM60 (keahlian) + RM250 (set barang MLM pakej) = RM345. Dalam sistem MLM tu sendiri ada bonus pairing la, bonus PV la dll. Sekiranya berjaya dapat bawak 2 orang layak dapat bonus pairing, contoh dapat RM100. Persoalan pertama, korang rase senang ke ajak orang spend masuk dalam MLM? Persoalan ke-2, aku dah kena spend sampai RM35 + RM345 - RM100 = - RM280. Anda masih lagi tidak untung walaupun dah bawak 2 orang, itu tak kira duit minyak dan lain2 mase nak ajak 2 orang tu lagi.

Ada banyak lagi nak aku hurai, tapi anda bole balas dalam comment. Apepun aku bagitau satu info kat korang....sebelum masuk MLM, sila check kat KPDNKK "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebab aku cek sendiri hampir 88% MLM yang diisytihar black listed, fraud dan bankrup. Berhati-hati dan jangan terpedaya janji manis orang atas. Kalo korang degil gak, silakan....

1 comment:

  1. mlm skrg mcm cendawan tumbuh lps ujan.mmg byk tanggapan -ve berbanding +ve.realitinye, ape2 biz mmg perlu ade modal,kesungguhan, minat..ni satu bntuk biz gak selain conventional biz.modal rndh,risiko rndh..tp, dsbbkan terlalu byk biz sebegini, kt dh xtau mane sah dan x sah.mane kualiti biz dan mane yg tak...x salah kalo nk ceburkan diri, tp kene filter btol2...itu pendapat aku .peace no war~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails